Tuesday, July 1, 2008
MEMASAK BUKANNYA ENTENG
Terasa lama benar aku tidak menaip. Minggu lepas aku telah menghabiskan sisa-sisa cutiku di
The Talip ekoran permergian Mr. Talip, Mrs. Talip dan Amy ke Miri. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai jaga untuk mengawal dan menjaga kebajikan keluarga Mr. Talip yang ditinggalkan di situ. Lima hari di situ, Pian merangkap anak sulung Mr. Talip telah menguji bakat aku dalam bidang masakan. Jika diimbau sejarah lama, kali pertama aku mengasapkan dapur adalah seawal bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu, aku dalam cubaan untuk memasak air untuk dibuat kopi. Orang kata " malang tak berbau", tetapi tahi Encik Malang mungkin berbau, bekas yang aku gunakan iaitu sebiji
mug kaca telah pecah dan membasahi dapur Mrs. Hussen. Sehingga hari ini, Mrs. Hussen tak tahu lansung trajedi itu.Syyyy kamu jangan jangan pula bertindak sebagai pelapor kepada Mrs Hussen. Akan tetapi kali ini, aku bukan sekadar memasak air malah lebih dari itu. Di bawah adalah senarai menu masakan yang berjaya aku selesaikan kali ini. Mungkin ia setanding dengan menu Chef Wan dan Chef Ismail tak pun menu Florent Tan.
1.
Hotdog Masak Kicap ( Sosej masak kicap)
2.
Pusuk Salut Tepong ( Ikan Bilis Bersalut Tepung)
3.
Sayo Kangkong Ala Kampong ( Sayur Kangkung Ala Kampung )
4.
Manok Goreng ( Ayam Goreng )
5.
Nugget Manok Goreng ( Bebola Ayam Goreng)
p/s : sori tikah, kitak sik sempat merasa masakan kmk org..nyaman eh...
♠ Tercipta pada; 12:40 AM