<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7405189966743223246\x26blogName\x3dAKU+ANTI-ROCK+TARIK+KAPLA\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://parkroul.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://parkroul.blogspot.com/\x26vt\x3d-4658704363055757035', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, April 21, 2008

MENGHURU-HARAKAN KOTA "NO PORK AT ALL"

Bulan Mei ni aku akan ke kota singa nun jauh kat bawah Malaya. Belum pernah lagi aku menjejak kaki mahupun membuang najis di negara pulau yang kononnya terbaik kat dunia ni. Terbaik apa ya? Entahlah paham-paham sendiri la. Tak boleh cakap lebih-lebih, tak pasal-pasal aku kena buat pemohonan maaf terbuka dengan republik Lee Kuan Yew tu.

Kepada kawan-kawan dan kaum kerabat aku yang nak pesan barang tu, diminta membuat demikian secepat mungkin sebelum terlambat. Barang apa ada kat situ yang tak ada kat Malaysia ni? Hah..patung singa tu siapa nak, aku boleh bawa balik?

♠ Tercipta pada; 5:41 PM

Sunday, April 20, 2008

AKU MAHU JADI ASKAR


Aku tak tahulah sejak kebelakangan ini aku selalu berfikir "Nak kerja apa ya dah besar nanti",padahal dah besar pun. Apa yang dimaksudkan dengan kerja? Bagi aku kerja ni bermaksud apa-apa yang aku buat yang boleh menghasilkan duit. Setakat aku hidup ni, banyak sangat kerja dah aku buat, dari seorang penjaga bakery ke penghantar surat ke pembantu jualan ke pemeriksa kolej dan juga pemuzik.

Banyak memang banyak tapi tak ada satu kerja pun yang bertahan sampai 1 tahun. Aku teringat masa sekolah dulu, tiap kali hujung semester mesti cikgu aku, Cikgu Anisah suruh budak-budak isi report card warna biru. Dalam tu ada tanya tentang cita-cita. Tiap kali hujung sem dari darjah 1 hingga darjah 4 mesti aku isi cita-cita aku nak jadi askar. Askar, askar, askar, sampaikan alat mainan aku kat rumah semuanya tentang askar. Terdapat 2 faktor yang aku kenal pasti yang menyebabkan fenomena ini berlaku.

1. Pengaruh dari kawan baik aku kat tadika yang selalu ajak aku melukis tentang perang, kalau tak silap aku Abdul Hakim namanya.

2. Pengaruh dari filem Prebet Lapok lakonan A.R Badul tahun 1975.

Aku pun tak tahu macam mana pengaruh askar aku makin pudar. Mungkin disebabkan aku dah didedahkan pekerjaan yang lain agaknya lah.

♠ Tercipta pada; 8:07 AM

Tuesday, April 8, 2008


Lepaskan Segalanya

Memang lumrah manusia sentiasa ingin lari dari tekanan hidup. Terpulanglah bagaimana cara sekalipun, janji ia mendatangkan kepuasan kepada individu itu. Bagaimana pula dengan aku? Aku ingin mengunakan contoh peperiksaan besar yang aku hadapi sepanjang hidup aku menjadi "AKU".



Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Seingat aku,lepas sahaja UPSR sekolah ada lagi seminggu sebelum cuti hujung tahun jadi tak adalah masa sangat nak melepaskan geram. Waktu cuti, panggung wayang murah di Sibu menjadi port aku serta beberapa kawanku melepas segala dendam kepada dunia sekolah rendah. Dengan tiket cuma RM3.00 sudah cukup membuatkan kami tertarik ke panggung wayang itu berbanding panggung-panggung lain. Apa yang menarik filem yang ditayangkan di situ tidak ditayangkan di panggung-panggung yang lain dan adapun ditayangkan filem-filem yang telah lama mungkin dua tiga tahun yang lepas. Tambahan pula, jumlah penontonnya amat sedikit dan tidak sepadan dengan kebesaran dan jumlah kerusi di dalam panggung itu. Aku akan ceritakan tentang panggung itu dalam posting yang lain. Tidak puas dengan itu, kami ke pusat laser untuk menonton filem. Kali ini berhak memilih filem yang ditonton dan menonton di dalam bilik yang berhawa dingin lengkap dengan sofa dan meja kopi. Ongkosnya semestinya lebih mahal dari panggung wayang murah iaitu RM25.00 sebilik. Apa yang menarik di pusat laser ini, jikalau anda tidak berpuas hati dengan cerita anda boleh menukar cerita lain dengan syarat cerita yang ditonton belum habis. Di sini la aku mula kenal dengan Austin Power dan filem yang seangkatan dengannya.

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Tidak ada cuti selepas PMR, sekolah masih berjalan seperti biasa. Oleh itu, macam - macam aktiviti dianjurkan oleh guru sekolahku maklumlah bukannya ada apa lagi nak diajar di dalam kelas selain merayau-rayau memperagakan diri dengan budak-budak tingkatan lain. Antara yang masih aku ingat memanjat Gunung Serapi. Dengan menaiki bas sekolah hijau yang mempunyai turbo dan dipandu oleh Abang Lan Kelat kami pun pergi ke kaki gunung. Bagi aku mendaki gunung itu belum cukup untuk melepaskan tekanan PMR. Tapi apalah dayaku, aku cuma perlu mengikut arus dan cuma kadang-kadang akan keluar dari arus itu untuk mencari kepuasan lebih maklumlah remajalah katakan.

Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
Walaupun sekolah bercuti panjang sebaik sahaja SPM, topik ini bukan untuk aku menceritakan berkenaan pengalaman cuti sekolah seperti mana yang selalu dijadikan tajuk dalam karangan-karangan di sekolah. Tamat sahaja kertas pendidikan seni aku keluar ke bandar Kuching. Tujuan memang satu, bukan hendak membeli-belah dan bukan hendak makan di Saujana Food Court. Tujuan aku, ingin melepaskan segala tekanan yang ada. Cozee menjadi port terbaik untuk, di situ memang menjadi tempat budak-budak sekolah aku berkumpul, chatting, bermain pool, melayari internet dan menonton siaran lansung liga perdana inggeris kalau astro bukalah. Malam itu, aku telah membuat satu rekod dunia iaitu berjalan kaki seorang diri dari Kuching ke sekolahku. Rasanya tidak ada orang buat lagi benda ini. Perjalanan dari pukul 12am hingga 4 memang meletihankan tetapi adakah aku puas? Aku berjumpa macam-macam orang antaranya geng-geng skooter dan moto dan paling tidak akan aku lupa geng dadah yang menyangka aku ini pemecah rumah. Mereka ingin membelasah aku ketika itu, oleh kerana ketidak seimbangan diri akibat dadah dan kebikjasanaan aku sendiri aku berjaya meloloskan diri. Malam itu juga, aku jumpa orang yang baik hati menawarku menaiki motosikalnnya sehingga ke sekolah walaupun jarak aku nak sampai ke sekolah waktu itu tinggal 1 kilometer. Hari itu jugalah, aku mula menghisap rokok kembali setelah hampir lima bulan berhenti.Haha puasnya.

Peperiksaan Akhir Semester 2 Tahun 1 Kuliyyah Sains Kemanusiaan (PAS2T1KSK)
Baru sahaja berlaku beberapa hari lepas tapi aku tentunya belum puas. Yalah kan, manusia mana pernah puas. Aku pergi menonton perlawanan liga super UPB-Myteam LWN Sarawak bersama kawan-kawanku. Kesimpulannya, perlawanan itu dicemari dengan permainan kasar, pengadil bodoh dan kayu dan kemarahan penyokong akan tetapi aku puas. Puas berteriak walaupun agak sedih apabila pasukan kesayangan ku tumbang 0-4 yang penting "iboh jerak" bak kata Jul Ultracrocs. Aku tidak pulang ke Universiti malam itu, aku dan Mr. Bom berjaya menjajah KL, melepak di Danau Kota, bermain snooker dan fdjhafhaldkdkja. Banyak sangat benda yang aku buat sampai tak terkata. Aku belum lagi puas.

♠ Tercipta pada; 2:18 AM

p♠rkENAL


Aku park, kamu siapa?
Aku muda lagi, kamu sudah tua ka?
Aku belajar lagi, kamu sudah kerja ka?
Aku lelaki, kamu perempuan ka??


p♠rklock




p♠rkIYAKAONG




p♠rkuantiti

free hit counter

p♠rkENANGAN


  • April 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • February 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • November 2010


  • p♠rkLINKS


    ♠ ZEN

    ♠ DHYA

    ♠ EMIKOZURAINA

    ♠ DEAL

    ♠ ROHA

    ♠ FARAH

    ♠ WANIE

    ♠ SYAZITA

    ♠ HANANAE

    ♠ FILAFENDY

    ♠ NIZAM

    ♠ VENDETA

    ♠ NADY

    ♠ LUQMAN

    ♠ MEANE

    ♠ BG. KROL



    p♠rkINGLOT

    ♠ KAMUS SARAWAK

    ♠ STAR 500

    ♠ INDIET-SHIRTS

    ♠ 10 TAHUN

    ♠ ABG MINIMALIS

    ♠ MISI II

    ♠ ULTRACROCS

    ♠ UTUSAN BORNEO

    ♠ JOKER

    ♠ LIVERPOOL FC

    P♠rkUGIRAN

    kroulmusika