<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7405189966743223246\x26blogName\x3dAKU+ANTI-ROCK+TARIK+KAPLA\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://parkroul.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://parkroul.blogspot.com/\x26vt\x3d-4658704363055757035', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, June 26, 2008

KOPI PUTEH BANDAR LAMA

Aku bukan seorang feminisma. Kaum hawa, aku rasa kamu suka tulisan aku kali ini. Aku baru saja balik dari Old Town White Coffee dan ianya adalah kali pertama aku makan di situ, kolotkan aku ni. Pertama sekali aku ingin memuji pemilik kedai kopi moden ini, tahniah! Rekaan dalaman kamu ternyata cukup santai dan old school mirip rekaan kedai kopi era selepas merdeka yang diselitkan dengan unsur-unsur moden. Meja dan kerusi marmar kamu mengingatkan aku akan ruang makan rumahku. Bagi kaki-kaki internet, usah risau , di sini ada hotspot. Apa yang perlu lakukan hanyalah membawa komputer riba kamu kerana di situ tidak menyediakan perkhidmatan menyewa komputer riba untuk kamu. Kepada kaki-kaki makan pula, aku minta maaf banyak-banyak aku tidak larat merasa semua makanan di situ, perut aku sakit yang amat. Kamu cuba sendiri ya dan boleh komen dengan aku macam mana rasanya.

Menu hari ini:
Oldtown White Coffee Ice Blended(Mocha)
Penilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Boleh lah. Tapi aku rasa Starbuck sedap lagi.

Oldtown French Toast
Penilaian = ♠♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Ini paling aku suka dan puas hati malam ini. Lemak berkrim disukai ramai.

Kaya & Butter Toast
Penilaian = ♠♠♠♠ /♠♠♠♠♠
Komen = Seperti roti bakar biasa cumanya rotinya berwarna coklat dan tidak putih.

Strawberry Mellow
Penilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Sedap, aiskrim vanila yang diletakkan bersama-sama jem serta strawberi strawberi. Bagus untuk pencuci mulut.

♠ Tercipta pada; 3:18 AM

Wednesday, June 25, 2008

AKU BENCI BOLA SEPAK

Pembaca wanita, aku tahu kamu tidak suka bila orang bercerita tentang bola sepak, kamu baca saja lah. Ya, aku lupa ada benda kamu suka, kamu suka melihat pemain bola sepak yang kacak, hensem, hidung mancung, dan macho ala-ala Brad Pitt ataupun Bob Dylan. Ingin ditegaskan aku tidak punyai krateria-krateria seperti di atas. Sememangnya aku lahir ke dunia ini adalah bukan born to be seorang pemain bola sepak profesional. Di masa aku masih kanak-kanak hingusan dulu, aku lebih cenderung ke arah sukan permotoran dan bukan niatku ingin menjadi seorang mat rempit atau mat Impak Maksima ataupun mat kl drift. Aku suka adegan pelanggaran kereta ataupun motosikal. Aku suka melihat kenderaan-kederaan itu terbakar dan adegan pelumba menyelamatkan diri dari ajal. Tapi mengapa sekarang aku seakan lebih ke sukan bola sepak? Aku cuma menyenaraikan sedikit sahaja di sini.

Sebab musabab:
1. 1996, tahun di mana pasukan negeriku menjulang trofi rebutan liga pro malaysia, Liga Perdana. Aku semakin mengenali bola sepak. Nama seperti Billy Bone, Allister Edward, Ali Sapiee bermain dalam kepalaku tiap-tiap hari. Aku telah mewakili pasukan negeriku dalam pertandingan bola sepak kotak antara murid di dalam kelasku ketika itu.

2. 1997, 2 orang cikgu pelatih dari England telah melakukan praktikal di sekolahku selama beberapa bulan nama mereka Miss Rebbeca dan Miss Emma. Miss Emma merupakan jiran kepada Robbie Fowler atau kebih terkenal dengan gelaran "The God" di kalangan penyokong The Red. Suatu ketika, ketika musim panas di London, adik kepada Miss Emma telah pergi melawat kakaknya di sekolahku, aku lupa namanya. Kesempatan itu, dia telah melatih murid-murid yang kaki bangku di sekolahku menjadi seorang pemain yang tidak lagi kaki bangku.

3. 1998, hasil latihan yang tak seberapa dari jiran Robbie Fowler itu. Aku telah dipilih oleh Cikgu Taib(Jurulatih Bola Sepak) untuk mewakili sekolahku setelah aku menunjukkan aksi luar biasa semasa pemilihan. Sebelum itu aku hanyalah budak air bagi sekolah itu. Kamu nak tahu aku pun ada gelaran dulu..."orang gila dalam padang" kalau nak sedap sikit bunyi nya " the crazy". Tak percaya tanya orang dalam gambar di atas.

♠ Tercipta pada; 12:55 AM

Tuesday, June 17, 2008

BAHANA ROKOK BANGLADESH!!
Ampunkan aku warga Bangladesh. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu dari mana asalnya rokok ini. Kepada yang ingin mendapatkan rokok ini sila dapatkannya di kedai runcit berhampiran dengan kediaman anda dan jikalau tauke nya seorang India pasti dia ada menjualnya. Penat aku mencari dalam mesin carian google tapi tidak berjaya menjumpai apa-apa maklumat tentang rokok ini. Amaran aku, jauhkan diri anda daripada rokok ini.



Simtom-simtom jangka pendek selepas mengisap rokok ini:
1. Hidung akan menghasilkan sejenis mukus cair yang bakal menyebabkan rongga hidung anda tidak berfungsi sebaiknya.
2. Medula Oblongata akan mengantikan fungsi otak dalam mengawal pergerakan mukus tersebut.
3. Penghisap bakal mengalami batuk kering berserta kahak yang tidak kering.
4. Akhir sekali, si perokok akan demam dalam masa 3 ke 5 hari.

Kenalpasti rokok Bangladesh :
1. Anda tidak pernah melihat iklan mahupun rokok itu sepanjang anda hidup.
2. Biasanya dijual 20 batang sekotak melainkan tauke kedai menjual rokok itu dalam bentuk batang dan tidak kotak.
3. Tertera kalimah Full Flavour pada kotak rokok walaupun rasa seperti kertas dan baunya seperti lipas.
4. Tidak ditulis nama syarikat pengeluar rokok, dan kamu jangan mimpi mahu saman mereka. Saman saja tauke India itu.

♠ Tercipta pada; 5:16 AM

Saturday, June 7, 2008

AKU BAKAL BERLAKON DALAM HEROES
Ingin ditegaskan bahawa ini bukanlah kisah Cicakman ataupun salah satu episod dari rancangan realiti Raja Lawak Astro (Superhero) tetapi mengenai aku. Beberapa hari lepas, aku telah perasan yang aku sebenarnya mempunyai kuasa yang tersendiri. Nak tahu kuasa apa? Hehe.. Kuasa ku adalah menggerakkan tangan dengan laju sekali selain dibantu oleh tulang pelvis ku yang amat flexible. Pada mulanya, aku anggap benda itu biasa sahaja, mungkin disebabkan hormon adrinaline aku memuncak pada waktu itu. Tapi benda yang sama berlaku dalam beberapa hari selepas itu menimbulkan syak wasangka dalam hati aku. Selepas ini boleh lah aku berlakon disamping Ali Larter dan Milo Ventimiglia. Nama panggilan ya, aku nak guna nama glamor The Fast Hands dan Si Tangan Pantas jikalau rancangan itu dialih suara ke Bahasa Malaysia ataupun Indonesia. Kepada Greg Beeman " Aku sedia dirunding jika kamu setuju".

♠ Tercipta pada; 7:09 PM

Monday, June 2, 2008

MENGUBAH IDENTITI
Kebelakangan ini aku terlalu sibuk dengan urusan rasmi Kerajaan Lipas. Kesibukan yang menjangkau kemampuan seseorang manusia telah menyebabkan identitiku bertukar secara automatik. Tanpa aku sedari rupa bentuk fizikal dan mental sedikit demi sedikit telah mengalami transfomasi. Selapas ini boleh lah aku memulakan aktiviti penyamaran untuk mengesan si pencuri syampu dan konco-konconya. Kemudian aku akan membuka syarikat penyamaran untuk membekalkan penyamar terhandal kepada Kerajaan Lipas untuk menghapuskan segala parasit di Kerajaan Lipas. Sila berhati-hati segala parasit bumi, selepas ini aku akan berada di mana-mana.

♠ Tercipta pada; 4:39 AM

p♠rkENAL


Aku park, kamu siapa?
Aku muda lagi, kamu sudah tua ka?
Aku belajar lagi, kamu sudah kerja ka?
Aku lelaki, kamu perempuan ka??


p♠rklock




p♠rkIYAKAONG




p♠rkuantiti

free hit counter

p♠rkENANGAN


  • April 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • February 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • November 2010


  • p♠rkLINKS


    ♠ ZEN

    ♠ DHYA

    ♠ EMIKOZURAINA

    ♠ DEAL

    ♠ ROHA

    ♠ FARAH

    ♠ WANIE

    ♠ SYAZITA

    ♠ HANANAE

    ♠ FILAFENDY

    ♠ NIZAM

    ♠ VENDETA

    ♠ NADY

    ♠ LUQMAN

    ♠ MEANE

    ♠ BG. KROL



    p♠rkINGLOT

    ♠ KAMUS SARAWAK

    ♠ STAR 500

    ♠ INDIET-SHIRTS

    ♠ 10 TAHUN

    ♠ ABG MINIMALIS

    ♠ MISI II

    ♠ ULTRACROCS

    ♠ UTUSAN BORNEO

    ♠ JOKER

    ♠ LIVERPOOL FC

    P♠rkUGIRAN

    kroulmusika