Thursday, June 26, 2008
KOPI PUTEH BANDAR LAMA
Aku bukan seorang feminisma. Kaum hawa, aku rasa kamu suka tulisan aku kali ini. Aku baru saja balik dari
Old Town White Coffee dan ianya adalah kali pertama aku makan di situ, kolotkan aku
ni. Pertama sekali aku ingin memuji pemilik kedai kopi moden ini, tahniah! Rekaan dalaman kamu ternyata cukup santai dan
old school mirip rekaan kedai kopi era selepas merdeka yang diselitkan dengan unsur-unsur moden. Meja dan kerusi marmar kamu mengingatkan aku akan ruang makan rumahku. Bagi kaki-kaki internet, usah risau , di sini ada
hotspot. Apa yang perlu lakukan hanyalah membawa komputer riba kamu kerana di situ tidak menyediakan perkhidmatan menyewa komputer riba untuk kamu. Kepada kaki-kaki makan pula, aku minta maaf banyak-banyak aku tidak larat merasa semua makanan di situ, perut aku sakit yang amat. Kamu cuba sendiri ya dan boleh komen dengan aku macam mana rasanya.
Menu hari ini:
Oldtown White Coffee Ice Blended(Mocha)Penilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Boleh lah. Tapi aku rasa Starbuck sedap lagi.
Oldtown French Toast Penilaian = ♠♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Ini paling aku suka dan puas hati malam ini. Lemak berkrim disukai ramai.
Kaya & Butter ToastPenilaian = ♠♠♠♠ /♠♠♠♠♠
Komen = Seperti roti bakar biasa cumanya rotinya berwarna coklat dan tidak putih.
Strawberry MellowPenilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Sedap, aiskrim vanila yang diletakkan bersama-sama jem serta strawberi strawberi. Bagus untuk pencuci mulut.
♠ Tercipta pada; 3:18 AM