Saturday, June 7, 2008
AKU BAKAL BERLAKON DALAM HEROES
Ingin ditegaskan bahawa ini bukanlah kisah Cicakman ataupun salah satu episod dari rancangan realiti Raja Lawak Astro (Superhero) tetapi mengenai aku. Beberapa hari lepas, aku telah perasan yang aku sebenarnya mempunyai kuasa yang tersendiri. Nak tahu kuasa apa? Hehe.. Kuasa ku adalah menggerakkan tangan dengan laju sekali selain dibantu oleh tulang pelvis ku yang amat
flexible. Pada mulanya, aku anggap benda itu biasa sahaja, mungkin disebabkan hormon adrinaline aku memuncak pada waktu itu. Tapi benda yang sama berlaku dalam beberapa hari selepas itu menimbulkan syak wasangka dalam hati aku. Selepas ini boleh lah aku berlakon disamping Ali Larter dan Milo Ventimiglia. Nama panggilan ya, aku nak guna nama glamor
The Fast Hands dan Si Tangan Pantas jikalau rancangan itu dialih suara ke Bahasa Malaysia ataupun Indonesia. Kepada Greg Beeman " Aku sedia dirunding jika kamu setuju".
♠ Tercipta pada; 7:09 PM