Wednesday, June 25, 2008
AKU BENCI BOLA SEPAK
Pembaca wanita, aku tahu kamu tidak suka bila orang bercerita tentang bola sepak, kamu baca saja lah. Ya, aku lupa ada benda kamu suka, kamu suka melihat pemain bola sepak yang kacak, hensem, hidung mancung, dan
macho ala-ala Brad Pitt ataupun Bob Dylan. Ingin ditegaskan aku tidak punyai krateria-krateria seperti di atas. Sememangnya aku lahir ke dunia ini adalah bukan
born to be seorang pemain bola sepak profesional. Di masa aku masih kanak-kanak hingusan dulu, aku lebih cenderung ke arah sukan permotoran dan bukan niatku ingin menjadi seorang
mat rempit atau
mat Impak Maksima ataupun
mat kl drift. Aku suka adegan pelanggaran kereta ataupun motosikal. Aku suka melihat kenderaan-kederaan itu terbakar dan adegan pelumba menyelamatkan diri dari ajal. Tapi mengapa sekarang aku seakan lebih ke sukan bola sepak? Aku cuma menyenaraikan sedikit sahaja di sini.
Sebab musabab:
1. 1996, tahun di mana pasukan negeriku menjulang trofi rebutan liga pro malaysia, Liga Perdana. Aku semakin mengenali bola sepak. Nama seperti Billy Bone, Allister Edward, Ali Sapiee bermain dalam kepalaku tiap-tiap hari. Aku telah mewakili pasukan negeriku dalam pertandingan bola sepak kotak antara murid di dalam kelasku ketika itu.
2. 1997, 2 orang cikgu pelatih dari England telah melakukan praktikal di sekolahku selama beberapa bulan nama mereka Miss Rebbeca dan Miss Emma. Miss Emma merupakan jiran kepada Robbie Fowler atau kebih terkenal dengan gelaran "
The God" di kalangan penyokong The Red. Suatu ketika, ketika musim panas di London, adik kepada Miss Emma telah pergi melawat kakaknya di sekolahku, aku lupa namanya. Kesempatan itu, dia telah melatih murid-murid yang kaki bangku di sekolahku menjadi seorang pemain yang tidak lagi kaki bangku.
3. 1998, hasil latihan yang tak seberapa dari jiran Robbie Fowler itu. Aku telah dipilih oleh Cikgu Taib(Jurulatih Bola Sepak) untuk mewakili sekolahku setelah aku menunjukkan aksi luar biasa semasa pemilihan. Sebelum itu aku hanyalah budak air bagi sekolah itu. Kamu nak tahu aku pun ada gelaran dulu..."orang gila dalam padang" kalau nak sedap sikit bunyi nya "
the crazy". Tak percaya tanya orang dalam gambar di atas.
♠ Tercipta pada; 12:55 AM