Thursday, May 29, 2008
LONELY SOLDIER BOY TERJUMPA KEKASIH LAMA
Pada zaman dahulu, ada seorang
Lonely Soldier Boy yang tinggal di kaki bukit di kawasan tengah Kota Kerajaan Lipas. Suatu hari,
Lonely Soldier Boy pergi berjalan-jalan di kota disebabkan ingin menghabiskan masa yang kosong. Tanpa membuat sebarang perancangan,
Lonely Soldier Boy pun beredar dari rumahnya ketika matahari terpacak betul-betul di atas kepala. Sebaik sampai di kota,
Lonely Soldier Boy pun terus mencari toko-toko yang ada menjual kasut, alas kaki, capal dan yang yang seangkatan dengannya. Sebenarnya,
Lonely Soldier Boy sudah lama mengidamkan kasut baru. Di kepalanya terbayang beberapa kasut yang ingin dimiliki antaranya kasut Everlast dan Paul Smith namun
Lonely Soldier Boy gagal menemui kasut tersebut. Akhirnya,
Lonely Soldier Boy membuat keputusan untuk bersiar-siar di kawasan kota. Ketika melalui gerai-gerai makan yang ada di situ, alangkah terkejutnya
Lonely Soldier Boy apabila tiba-tiba ada suara gadis menegurnya.
Lonely Soldier Boy cuba mengingati wajah gadis tersebut yang nampak biasa diserebelumnya. Rupa-rupanya gadis tersebut adalah bekas kekasih
Lonely Soldier Boy. Mereka tidak dapat berbual lama kerana desakan kelaparan bekas kekasihnya itu tetapi bekas kekasih Lonely Soldier Boy sempat memberi nombor telefon tin kepada nya, 017-xxxxxxx .
Lonely Soldier Boy menuruskan perjalanan dia hari itu sehinggalah matahari terbenam ke barat barulah dia pulang ke rumah.
♠ Tercipta pada; 11:45 PM