Thursday, May 29, 2008
LONELY SOLDIER BOY TERJUMPA KEKASIH LAMAPada zaman dahulu, ada seorang
Lonely Soldier Boy yang tinggal di kaki bukit di kawasan tengah Kota Kerajaan Lipas. Suatu hari,
Lonely Soldier Boy pergi berjalan-jalan di kota disebabkan ingin menghabiskan masa yang kosong. Tanpa membuat sebarang perancangan,
Lonely Soldier Boy pun beredar dari rumahnya ketika matahari terpacak betul-betul di atas kepala. Sebaik sampai di kota,
Lonely Soldier Boy pun terus mencari toko-toko yang ada menjual kasut, alas kaki, capal dan yang yang seangkatan dengannya. Sebenarnya,
Lonely Soldier Boy sudah lama mengidamkan kasut baru. Di kepalanya terbayang beberapa kasut yang ingin dimiliki antaranya kasut Everlast dan Paul Smith namun
Lonely Soldier Boy gagal menemui kasut tersebut. Akhirnya,
Lonely Soldier Boy membuat keputusan untuk bersiar-siar di kawasan kota. Ketika melalui gerai-gerai makan yang ada di situ, alangkah terkejutnya
Lonely Soldier Boy apabila tiba-tiba ada suara gadis menegurnya.
Lonely Soldier Boy cuba mengingati wajah gadis tersebut yang nampak biasa diserebelumnya. Rupa-rupanya gadis tersebut adalah bekas kekasih
Lonely Soldier Boy. Mereka tidak dapat berbual lama kerana desakan kelaparan bekas kekasihnya itu tetapi bekas kekasih Lonely Soldier Boy sempat memberi nombor telefon tin kepada nya, 017-xxxxxxx .
Lonely Soldier Boy menuruskan perjalanan dia hari itu sehinggalah matahari terbenam ke barat barulah dia pulang ke rumah.
♠ Tercipta pada; 11:45 PM
Monday, May 26, 2008
MAT REMPIT WANNABEHujung minggu lalu, aku pergi berpesta di salah sebuah bandar di Malaysia. Di sana aku terpaksa terserempak dengan beberapa Mat Rempit
Wannabe. Aku tidak tahan melihat budak-budak peleseran sebegitu apatah lagi ingin borkomunikasi atau berdampingi mereka. Jeans yang di
alter menjadi
skinny jeans dipadan pula kasut Mc Donald sudah cukup menyakitkan mata. Itu belum termasuk gaya rambut dan perangai umpama kera mendapat bunga. Mereka ini patut diberi anugerah perosak fesyen no 1 Malaysia.Di suatu ketika di dalam tandas aku telah terdengar mat rempit wannabe berbual sesama mereka.
MTW = Mat Rempit Wannabe
MTW 1 : Ish...tandas ini boleh flush automatik la. (Dengan muka terkejut)
MTW 1 : Ade camera ke ka dalam tu?
MTW 2 : Apsal ko ni bodoh sangat..tu bukan camera la...tapi laser..
(Dengan muka yakin)
MTW 1 : Akuingat dia pakai camera tadi.
♠ Tercipta pada; 2:43 AM
Tuesday, May 20, 2008
SI PENCURI SYAMPU YANG ADA RAMBUTAku baru saja pulang dari
The Talip. Dua hari aku di sana merehatkan serebelum dan selebelum dan juga badan ku.
Macam biasa, aku akan mandi setelah kepenatan dan agrhhh...Siapa pula kali ini yang mencopet syampu aku ni?
Minggu ini saja sudah 2 botol hilang. Siapakah pen
copet itu dan mengapa syampu aku perlu menjadi mangsanya?
Kemungkinan besar syampu aku mempunyai lebih
Climbazole dan Asid Amino. Wahai sang pencuri syampu terimalah lagu
yang aku cipta ketika sedang menikmati mandi petang.
Bila Aku Udah Sekda
(p/s : Sila Gunakan Musik Lagu Hujan - Bila aku sudah tiada)
Bila aku udah sekda
Simpan semua syampuku
Iboh dinangis selalu gilak
Mungkin tok kejab ajak
Bila temu pengantiku
Iboh dilupakkan aku
Petang ya
Kacak seperti biasa
Tido nok nyaman
Berenti di siya
Layap kuyuk masih sik terkabey
bukaklah cermin mu tuangkan cahaya
Siapa nok nyangkak
Bila tiba masa kita k pergi selamanya
Sik kan terduga
Mun saat tok tuhan tentukan akulah orangnya
Gelak tetak tangisan nok hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah kacaknya mun
Kita boleh hidup selamanya
♠ Tercipta pada; 2:41 AM
Thursday, May 15, 2008
SUSAH MAU HIDUPSemakin besar semakin susah mahu hidup.
Semakin dibirokrasikan dengan keadaan semasa.
Banyak lagi benda yang tak selesai.
Arghhhhhh.....
Kalau boleh aku ingin kembali 10 tahun dulu dan ke bawah.
Zaman yang tak akan berulang dua kali.
Zaman di kala kanak-kanak masih lagi bermain kayu tiga walaupun ianya bukan kayu.
Mungkin akan tiba suatu masa kelak, tapi amat berbeda dari yang asal.
Tidak lagi bermain kayu tiga tapi bermain dengan kaki tiga.
♠ Tercipta pada; 1:59 AM