Sunday, April 20, 2008
AKU MAHU JADI ASKAR
Aku tak tahulah sejak kebelakangan ini aku selalu berfikir "Nak kerja apa ya dah besar nanti",padahal dah besar pun. Apa yang dimaksudkan dengan kerja? Bagi aku kerja ni bermaksud apa-apa yang aku buat yang boleh menghasilkan duit. Setakat aku hidup ni, banyak sangat kerja dah aku buat, dari seorang penjaga
bakery ke penghantar surat ke pembantu jualan ke pemeriksa kolej dan juga pemuzik.
Banyak memang banyak tapi tak ada satu kerja pun yang bertahan sampai 1 tahun. Aku teringat masa sekolah dulu, tiap kali hujung semester mesti cikgu aku, Cikgu Anisah suruh budak-budak isi
report card warna biru. Dalam tu ada tanya tentang cita-cita. Tiap kali hujung sem dari darjah 1 hingga darjah 4 mesti aku isi cita-cita aku nak jadi askar. Askar, askar, askar, sampaikan alat mainan aku kat rumah semuanya tentang askar. Terdapat 2 faktor yang aku kenal pasti yang menyebabkan fenomena ini berlaku.
1. Pengaruh dari kawan baik aku kat tadika yang selalu ajak aku melukis tentang perang, kalau tak silap aku Abdul Hakim namanya.
2. Pengaruh dari filem Prebet Lapok lakonan A.R Badul tahun 1975.
Aku pun tak tahu macam mana pengaruh askar aku makin pudar. Mungkin disebabkan aku dah didedahkan pekerjaan yang lain agaknya
lah.
♠ Tercipta pada; 8:07 AM