<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/17589080505730436419" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7405189966743223246\x26blogName\x3dAKU+ANTI-ROCK+TARIK+KAPLA\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://parkroul.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://parkroul.blogspot.com/\x26vt\x3d-4658704363055757035', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sunday, November 28, 2010

Blog peribadi ini diberhentikan buat seketika. Harap maaf.

♠ Tercipta pada; 9:40 AM

Thursday, July 10, 2008

KAKI AKU BELUM MAHU BERHENTI

Mengikut kamus otak aku, perkataan jalan bermaksud suatu pergerakan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain dengan syarat tumit kaki hendaklah menyentuh lantai. Jika tidak ia dipanggil berlari. Dan dalam Bahasa Inggeris jalan dipanggil walk manakala dalam Bahasa Arab jalan diambil dari kata dasar " ra jim lam" rajala. Aku nak tanya kamu, dalam hidup kamu sebagai seorang manusia yalah takkan binatang, berapa jauhkah kamu sudah berjalan. Aku pasti 99 peratus akan tidak tahu jarak sebenarnya. 1 peratus lagi adalah orang kurang siuman. Aku nak kongsi sedikit nostalgia yang takkan aku lupa seumur hidup sepanjang aku berjalan selama 20 tahun ini.

Nostalgia Jalan Kaki Tadika (500 m)
Biasanya selepas habis waktu pertadikaan di Tadika Bina Sibu, aku akan ke tadika LAKIS. Tujuannya adalah membeli gula-gula takpun gula-gula getah yang ada tatu pelakat tu. Yang aku pasti, sehari sebelum aku melakukan kegiatan ini, aku akan mengorek tabung satu sen milik Mr. Hussen. Aku memang budak jahat. Hua hua....

Nostalgia Jalan Kaki Sekolah Rendah (6000 m)
Kali ini perjalan aku dari rumah lama aku (Salim, Sibu) ke Perpustakaan Awam Sibu. Perjalanan selama sejam memang tidak lama, tapi sudah cukup membuatkan cecair yang banyak keluar dari liang-liang peluh aku. Kalau tidak kerana kawan-kawan sekolah aku seperti Meon, Salman, Luqman, Syapiq dan yang lain(sekadar menyenaraikan beberapa orang) mana mungkin aku boleh berjalan sejauh ini. Terima kasih kawan-kawan ku.

Nostalgia Jalan Kaki Sekolah Menengah ( 10000 km )
Merupakan nostalgia yang paling segar sekali dalam fikiran aku sekarang. Tamat sahaja tamat kertas SPM Pendidikan Seni aku telah keluar ke Bandaraya Kuching. Rasa-rasa aku ini adalah masa yang paling tepat sekali untuk aku memecah rekod peribadi aku sendiri. Aku sengaja balik lambat hari itu. Walaupun Encik Latep telah mempelawa dirinya untuk menghantar aku aku pulang aku menolaknya. Maaf ya Encik Latep. Perjalanan hari itu bermula pada pukul 12 malam di Wisma Hopoh. Perjalanan aku terhenti seketika ketika aku melalui sebuah kampung di kawasan Semariang kerana digangggu beberapa remaja yang aku pasti lebih tua dari aku dan berkeadaan tidak normal hari itu. Hampir dipukul aku hari itu, mana tidak nya empat lawan satu. Nasib baik kepala aku ni bijak sikit, baru lepas SPM katakan. Aku berjaya meloloskan diri. Aku sampai di sekolah pagi itu kira-kira pukul 4 setelah makan nasi ayam BNB. Sedap woooo.... nasi ayam BNB.

Nostalgia Jalan Kaki Universiti (******)
Aku belum tamat pengajian, oleh sebab itu aku tak boleh menilai yang mana satu akan dijadikan nostalgia.

♠ Tercipta pada; 11:56 PM

Saturday, July 5, 2008

MARI BERKAROAKE BERSAMA PARK

Siapa yang ada mikrofon tu jangan segan-segan. Cucuk saja punat mikrofon anda ke lubang mikrofon di komputer anda. Selamat berhibur.


♠ Tercipta pada; 1:43 AM

Tuesday, July 1, 2008

MEMASAK BUKANNYA ENTENG

Terasa lama benar aku tidak menaip. Minggu lepas aku telah menghabiskan sisa-sisa cutiku di The Talip ekoran permergian Mr. Talip, Mrs. Talip dan Amy ke Miri. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai jaga untuk mengawal dan menjaga kebajikan keluarga Mr. Talip yang ditinggalkan di situ. Lima hari di situ, Pian merangkap anak sulung Mr. Talip telah menguji bakat aku dalam bidang masakan. Jika diimbau sejarah lama, kali pertama aku mengasapkan dapur adalah seawal bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu, aku dalam cubaan untuk memasak air untuk dibuat kopi. Orang kata " malang tak berbau", tetapi tahi Encik Malang mungkin berbau, bekas yang aku gunakan iaitu sebiji mug kaca telah pecah dan membasahi dapur Mrs. Hussen. Sehingga hari ini, Mrs. Hussen tak tahu lansung trajedi itu.Syyyy kamu jangan jangan pula bertindak sebagai pelapor kepada Mrs Hussen. Akan tetapi kali ini, aku bukan sekadar memasak air malah lebih dari itu. Di bawah adalah senarai menu masakan yang berjaya aku selesaikan kali ini. Mungkin ia setanding dengan menu Chef Wan dan Chef Ismail tak pun menu Florent Tan.

1. Hotdog Masak Kicap ( Sosej masak kicap)
2. Pusuk Salut Tepong ( Ikan Bilis Bersalut Tepung)
3. Sayo Kangkong Ala Kampong ( Sayur Kangkung Ala Kampung )
4. Manok Goreng ( Ayam Goreng )
5. Nugget Manok Goreng ( Bebola Ayam Goreng)

p/s : sori tikah, kitak sik sempat merasa masakan kmk org..nyaman eh...

♠ Tercipta pada; 12:40 AM

Thursday, June 26, 2008

KOPI PUTEH BANDAR LAMA

Aku bukan seorang feminisma. Kaum hawa, aku rasa kamu suka tulisan aku kali ini. Aku baru saja balik dari Old Town White Coffee dan ianya adalah kali pertama aku makan di situ, kolotkan aku ni. Pertama sekali aku ingin memuji pemilik kedai kopi moden ini, tahniah! Rekaan dalaman kamu ternyata cukup santai dan old school mirip rekaan kedai kopi era selepas merdeka yang diselitkan dengan unsur-unsur moden. Meja dan kerusi marmar kamu mengingatkan aku akan ruang makan rumahku. Bagi kaki-kaki internet, usah risau , di sini ada hotspot. Apa yang perlu lakukan hanyalah membawa komputer riba kamu kerana di situ tidak menyediakan perkhidmatan menyewa komputer riba untuk kamu. Kepada kaki-kaki makan pula, aku minta maaf banyak-banyak aku tidak larat merasa semua makanan di situ, perut aku sakit yang amat. Kamu cuba sendiri ya dan boleh komen dengan aku macam mana rasanya.

Menu hari ini:
Oldtown White Coffee Ice Blended(Mocha)
Penilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Boleh lah. Tapi aku rasa Starbuck sedap lagi.

Oldtown French Toast
Penilaian = ♠♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Ini paling aku suka dan puas hati malam ini. Lemak berkrim disukai ramai.

Kaya & Butter Toast
Penilaian = ♠♠♠♠ /♠♠♠♠♠
Komen = Seperti roti bakar biasa cumanya rotinya berwarna coklat dan tidak putih.

Strawberry Mellow
Penilaian = ♠♠♠ setengah /♠♠♠♠♠
Komen = Sedap, aiskrim vanila yang diletakkan bersama-sama jem serta strawberi strawberi. Bagus untuk pencuci mulut.

♠ Tercipta pada; 3:18 AM

Wednesday, June 25, 2008

AKU BENCI BOLA SEPAK

Pembaca wanita, aku tahu kamu tidak suka bila orang bercerita tentang bola sepak, kamu baca saja lah. Ya, aku lupa ada benda kamu suka, kamu suka melihat pemain bola sepak yang kacak, hensem, hidung mancung, dan macho ala-ala Brad Pitt ataupun Bob Dylan. Ingin ditegaskan aku tidak punyai krateria-krateria seperti di atas. Sememangnya aku lahir ke dunia ini adalah bukan born to be seorang pemain bola sepak profesional. Di masa aku masih kanak-kanak hingusan dulu, aku lebih cenderung ke arah sukan permotoran dan bukan niatku ingin menjadi seorang mat rempit atau mat Impak Maksima ataupun mat kl drift. Aku suka adegan pelanggaran kereta ataupun motosikal. Aku suka melihat kenderaan-kederaan itu terbakar dan adegan pelumba menyelamatkan diri dari ajal. Tapi mengapa sekarang aku seakan lebih ke sukan bola sepak? Aku cuma menyenaraikan sedikit sahaja di sini.

Sebab musabab:
1. 1996, tahun di mana pasukan negeriku menjulang trofi rebutan liga pro malaysia, Liga Perdana. Aku semakin mengenali bola sepak. Nama seperti Billy Bone, Allister Edward, Ali Sapiee bermain dalam kepalaku tiap-tiap hari. Aku telah mewakili pasukan negeriku dalam pertandingan bola sepak kotak antara murid di dalam kelasku ketika itu.

2. 1997, 2 orang cikgu pelatih dari England telah melakukan praktikal di sekolahku selama beberapa bulan nama mereka Miss Rebbeca dan Miss Emma. Miss Emma merupakan jiran kepada Robbie Fowler atau kebih terkenal dengan gelaran "The God" di kalangan penyokong The Red. Suatu ketika, ketika musim panas di London, adik kepada Miss Emma telah pergi melawat kakaknya di sekolahku, aku lupa namanya. Kesempatan itu, dia telah melatih murid-murid yang kaki bangku di sekolahku menjadi seorang pemain yang tidak lagi kaki bangku.

3. 1998, hasil latihan yang tak seberapa dari jiran Robbie Fowler itu. Aku telah dipilih oleh Cikgu Taib(Jurulatih Bola Sepak) untuk mewakili sekolahku setelah aku menunjukkan aksi luar biasa semasa pemilihan. Sebelum itu aku hanyalah budak air bagi sekolah itu. Kamu nak tahu aku pun ada gelaran dulu..."orang gila dalam padang" kalau nak sedap sikit bunyi nya " the crazy". Tak percaya tanya orang dalam gambar di atas.

♠ Tercipta pada; 12:55 AM

Tuesday, June 17, 2008

BAHANA ROKOK BANGLADESH!!
Ampunkan aku warga Bangladesh. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu dari mana asalnya rokok ini. Kepada yang ingin mendapatkan rokok ini sila dapatkannya di kedai runcit berhampiran dengan kediaman anda dan jikalau tauke nya seorang India pasti dia ada menjualnya. Penat aku mencari dalam mesin carian google tapi tidak berjaya menjumpai apa-apa maklumat tentang rokok ini. Amaran aku, jauhkan diri anda daripada rokok ini.



Simtom-simtom jangka pendek selepas mengisap rokok ini:
1. Hidung akan menghasilkan sejenis mukus cair yang bakal menyebabkan rongga hidung anda tidak berfungsi sebaiknya.
2. Medula Oblongata akan mengantikan fungsi otak dalam mengawal pergerakan mukus tersebut.
3. Penghisap bakal mengalami batuk kering berserta kahak yang tidak kering.
4. Akhir sekali, si perokok akan demam dalam masa 3 ke 5 hari.

Kenalpasti rokok Bangladesh :
1. Anda tidak pernah melihat iklan mahupun rokok itu sepanjang anda hidup.
2. Biasanya dijual 20 batang sekotak melainkan tauke kedai menjual rokok itu dalam bentuk batang dan tidak kotak.
3. Tertera kalimah Full Flavour pada kotak rokok walaupun rasa seperti kertas dan baunya seperti lipas.
4. Tidak ditulis nama syarikat pengeluar rokok, dan kamu jangan mimpi mahu saman mereka. Saman saja tauke India itu.

♠ Tercipta pada; 5:16 AM

p♠rkENAL


Aku park, kamu siapa?
Aku muda lagi, kamu sudah tua ka?
Aku belajar lagi, kamu sudah kerja ka?
Aku lelaki, kamu perempuan ka??


p♠rklock




p♠rkIYAKAONG




p♠rkuantiti

free hit counter

p♠rkENANGAN


  • April 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • February 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • November 2010


  • p♠rkLINKS


    ♠ ZEN

    ♠ DHYA

    ♠ EMIKOZURAINA

    ♠ DEAL

    ♠ ROHA

    ♠ FARAH

    ♠ WANIE

    ♠ SYAZITA

    ♠ HANANAE

    ♠ FILAFENDY

    ♠ NIZAM

    ♠ VENDETA

    ♠ NADY

    ♠ LUQMAN

    ♠ MEANE

    ♠ BG. KROL



    p♠rkINGLOT

    ♠ KAMUS SARAWAK

    ♠ STAR 500

    ♠ INDIET-SHIRTS

    ♠ 10 TAHUN

    ♠ ABG MINIMALIS

    ♠ MISI II

    ♠ ULTRACROCS

    ♠ UTUSAN BORNEO

    ♠ JOKER

    ♠ LIVERPOOL FC

    P♠rkUGIRAN

    kroulmusika